★Henti
Friday, December 30, 2016 • 2:42 AM • 0 comments



Sabtu, 6.35 pagi.

Aku duduk. Bersandar pada dinding di bahagian hadapan surau. Kulit mushaf berwarna coklat itu aku tenung. Lama. Mushaf itu sudah lama. Aku jarang menggunakan mushaf ini. Biasanya, aku akan menggunakan mushaf kecil itu kerana ia mudah dibawa dan disemat ke dalam poket ke mana mana sahaja. Tapi, entah mengapa, aku pilih mushaf itu, untuk dibawa bersama ketika solat Subuh hari ini.

Surau masih lagi dalam keadaan biasa. Meriah dengan suara orang membaca Al-Quran, berzikir dan beruzlah dalam dunia lain ( baca tidur ). Aku serabut. Otak aku serabut pagi itu. Resah. Banyak benda aku fikirkan sampai Waqiah dibaca dalam keadaan tidak khusyuk.

Minggu ini, masih dalam minggu peperiksaan. Hanya dua subjek sahaja tinggal. Biologi, 3 paper dan Matematik 2 paper menjumlah 5 paper kesemuanya. Aih, mid-term kali ini, benar benar menguji akal, menguji kesabaran, menguji ketabahan dan yang paling penting menguji iman. Berapa banyak kali aku futur ( baca putus asa ) dalam mid-term kali ini pun aku tidak tahu. Mungkin sebab terlampau banyak kali mungkin.

Aku memandang ke sekeliling surau. Semuanya sudah beransur ansur keluar. Menuju ke dewan makan barangkali untuk bersarapan. Pandangan aku terhenti pada seseorang di balik rak Al-Quran. Pantas, aku meletakkan Al-Quran di rak, lalu bergerak menuju ke arahnya. Rida' aku sematkan kemas di bahu. Aku kini duduk berhadapan dengannya.

"Sodaqallahul a'zim"

Al-Qurannya ditutup. Nafasnya dihela panjang.

"Ana rasa, ana dah give up. Kali ini, ana betul-betul give up."

Aku tunduk. Malu. Dengan apa yang aku katakan tadi, aku malu. Dalam masa yang sama, aku penat. Aku hilang, hilang dalam kealpaan dunia. Dia kelihatan menyusun kata kata. Aku masih lagi diam membatu.

"Sebab study ke ?"

Semua. Kerana semua perkara, aku penat. Aku sudah penat untuk semuanya. Dakwah, tarbiyyah, akademik, kokurikulum. Semuanya. Aku sudah penat. Aku menghela nafas panjang. Rida' putih di bahu diturunkan. Aku memandang langit di luar yang hampir cerah. Indah. Tapi kosong.

"dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah ( QS ; Yusuf ; 87 )"

Suasana sepi.

"Dalam kehidupan kita, Allah uji kita dengan pelbagai perkara, dengan pelbagai cara. Dan setiap orang diuji dengan cara yang berbeza mengikut kemampuan masing masing. Mungkin, Allah uji orang yang kaya dengan banyaknya harta, orang yang miskin dengan lafaz 'Alhamdulillah', orang yang bekerja dengan rasa malas yang menghimpap diri, orang yang menuntut ilmu dengan rasa bongkak dalam diri. Allah uji macam macam cara."

"Dan untuk orang macam kita, yang buat kerja dakwah, yang dalam usaha menghidupkan hati hati manusia, yang dalam usaha memanusiakan manusia, juga Allah uji."

Mushaf Al-Quran itu, aku letakkannya di atas rak. Musolla mulai kosong tapi masih lagi kelihatan beberapa orang yang masih lagi syuhada' dalam perjuangan mereka.

" Mungkin, kita kadang kadang rasa penat, sebab kita terbuat kerja yang sepatutnya bukan kerja kita "

Tangannya di letakkan di atas rehal. Aku mengangkat kepala.

" Kita, manusia hanya mampu mengajak dan menyeru kepada kebaikan. Kita hanya mampu menunjukkan suri teladan yang baik. Kita hanya mampu menyampaikan risalah dakwah yang Nabi Muhamad bawa. Sebab kita hanya manusia. "

" Yang ubah hati manusia, yang mengawal hati manusia, yang menghukum manusia, yang menentukan syurga dan neraka manusia, yang mengetahui pengakhiran setiap manusia, hanyalah tuhan. "

7.00 pagi

" Mungkin hari ini, kita rasa penat sebab kita ambil alih kerja tuhan. Berusaha untuk bagi hidayah pada manusia sedangkan kita tahu itu kerja yang esa. Menghukum manusia seperti kita tahu pengakhirannya samaada di syurga yang mulia atau di neraka yang hina sedangkan itu kerja tuhan. Mungkin sebab itulah, kita jatuh, rebah dan tidak mampu bangkit semua.Nauzubillah "

Warna merah kian pudar di ufuk langit. Fajar mula terbit. Surau sudah kosong. Para syuhada' yang sebentar tadi masih lagi bergelimpangan dikejutkan oleh exco musolla. Mungkin kerana tidak mahu rezeki mereka pada hari tu disempitkan barangkali.

Kata-kata itu, membuatkan aku berhenti sebentar, beristighfar di dalam hati.

" Cuba fikir balik, imbas kembali, kerana apa kita lakukan pekerjaan ini. Kerana apa sebenarnya ? Adakah kerana ingin buat kerja tuhan atau untuk merasakan diri kita yang terpaling bagus sekali di pentas dunia atau kerana kamsyhuran yang didambakan oleh mereka yang ditimpa wahn ( baca penyakit cintakan dunia dan takut mati ). Dimanakah kita sebenarnya ? "

" Perhatian kepada semua pelajar Kolej Islam Alam Shah, dewan makan akan ditutup sebentar lagi, bagi sesiapa yang belum sarapan, antum diminta untuk pergi ke dewan makan sekarang juga. Wallahua'lam. Barakallahufikum "

" Jom la kita pergi makan dulu, lepas makan kena sambung study pula, next week ada paper Biology. "

Aku dan dia berangkat keluar dari musolla, menuju ke dewan makan, melalui jalan yang amat mengenangkan kami kepada peristiwa yang tersemat di hati ( baca Malam Settle Taaruf ).

Dalam masa yang sama, aku berfikir

Di manakah aku sebenarnya ?






★60
Monday, December 19, 2016 • 11:18 PM • 0 comments




"Masa menjawap calon hanya tinggal lagi 10 minit, calon dikehendaki untuk memastikan angka giliran dan nombor kad pengenalan ditulis pada ruang yang telah disediakan, sila semak nombor angka giliran dan nombor kad pengenalan calon dengan betul."

Aku tenung kertas yang berada di atas meja.

Kimia Kertas 3. Kod kertas 4541/3

Aku menyemak untuk kali terakhir. Baru tadi aku berjumpa dengan kertas ini, tidak sangka masa berlalu dengan sebegini pantas. Tepat jam 3.30 petang ini, kami akan berpisah. Fitrah alam, datang dan pergi. Kerana ini fitrah, kita tiada apa apa hak untuk menentang.

Aku merenung kertas tersebut. Masuk kali ini, aku rasa aku sudah berikan yang terbaik untuk menjawap segala persoalan yang sememangnya sengaja diadakan oleh hantu ( baca lembaga peperiksaan Malaysia ) untuk mengklasifikasikan pelajar mengikut kasta pendidikan. Sistem pembelajaran dan pendidikan di Malaysia sememangnya tidak adil. Mana mungkin, setiap pelajar yang memiliki keupayaan yang berbeza dalam bidang yang berbeza diuji menggunakan cara yang sama.

Jadi, ini perjuangan aku yang terakhir, perjuangan Durrul Musthofa yang terakhir, perjuangan Titanium yang terakhir, juga perjuangan rakan rakan 1999 yang terakhir. Selepas ini, semua bakal mengorak langkah masing masing. Mempunyai jalan hidup masing masing. Semuanya berlumba-lumba untuk memastikan diri dapat ditempatkan di arena pementasan teater dunia yang semua tahu hujungnya sudah semakin hampir.

Selepas habisnya peperiksaan ini, dunia persekolahan kami tamat. Tiada lagi peraturan yang mengikat kegilaan. Tiada lagi waktu belajar yang mencukupi. Tiada lagi kesibukan mengejar ilmu dunia yang mencengkam. Tiada lagi kebebasan bergelak tawa bersama teman seperjuangan. Tiada lagi murabbi yang menegur andai kesalahan dilakukan. Tiada lagi waktu lapang yang dihiasi lawak bodoh rakan rakan. Tiada lagi.

Tiada lagi.

Mungkin selepas ini, semuanya mula mempersoalkan kehidupan sendiri. Apa yang aku perlu lakukan ? Dengan siapakah aku perlu percaya ? Bagaimanakah harus aku bermuafakat dengan masyarakat ? Dapatkah aku berjumpa kawan kawan aku semula ? Apakah sumbangan aku untuk masyarakat ? Apakah sumbangan aku untuk negara ? Paling penting,

'Apakah sumbangan aku untuk agama ? untuk Islam ? untuk Umat ?'

"Masa menjawap calon tamat, kamu dikehendaki untuk mengikat hujung kertas dengan benang yang dibekalkan...."

Tamat.

Perjuangan aku, selama lima 2 tahun di tanah waqafan, tamat.

Pengawas peperiksaan mula mengutip kertas. Aku memandang Norman. Tersenyum. Air mata ditahan. Malulah nanti kalau kawan nampak. Tak gentleman lah menangis depan member.

Jadi, selepas ini, aku perlu pilih jalan sendiri, Aku melangkah keluar dari dewan peperiksaan. Bersyukur. Segalanya tamat. Aku sudah lakukan yang terbaik sepanjang dua tahun di bumi ini. Semoga segalanya diredhai Allah. Biiznihi InsyaAllah.




★Rabak
Saturday, May 28, 2016 • 8:51 AM • 0 comments

Semua pelajar keluar dari dewan. Diam. Semua pergi dan terus bersurai. Tidak bising seperti biasa. Angin meniup sepoi sepoi bahasa. Nyaman.

'Huh, susahnya paper edmeth tadi", getus hati Mir.

Satu sekolah tahu, Mir pelajar paling cekap, paling pintar dan paling cekang dalam subjek matematik tambahan ( baca pembunuh ). Daripada bab seringkas ringkas fungsi sehinggalah bab sesukar integration ( baca pengkamiran ), semuanya mudah baginya. Tiada apa yang sukar. Bila Kemal datang dan mengadu kepadanya, jawapannya hanya satu.

"Mana ada benda mudah dalam dunia ini, Kemal"

Kemal duduk di atas kerusi bangku. Mukanya monyok. Serabut. Matematik Tambahan ( baca pembunuh ) bukanlah subjek yang mudah. Dia termenung. Jauh sekali.

Mir datang. Belakang Kemal disentuh membuatkan lamunan Kemal terganggu. Kemal kelihatan terkejut. Tidak menyangka mungkin bahawa lamunannya akan dipotong.

"Kau okay ke ?"

Diam. Tiada jawapan. Mir pandang Kemal. Kemal masih termenung. Sayu raut wajahnya.

"Baru mid-term, belum final lagi, belum SPM lagi"

........

"Baru ujian dunia, bukan ujian akhirat lagi"

Kemal membetulkan postur kedudukannya, kelihatan kurang senang dengan pernyataan sahabatnya sebentar tadi. Mir angkat tangannya, diletakkan di bahu Kemal. Kemal mengeluh panjang.

"Aku tak sangka subjek ini susah sampai macam itu sekali"

Kemal diam. Membiarkan Mir menghabiskan kata katanya. Ada masalah, ia hanya perlu didengari, ada masalah yang perlu diselesaikan.

"Aku dah usaha, banyak aku usaha. Allah masih tak tolong aku. Aku tertekan. Kenapa aku tak dapat sama macam yang aku usahakan "

"Kau..."

"Aku tertekan." Pandangan Kemal masih lagi tidak berganjak bertongkahkan tangannya di atas meja batu.

" Apa yang kau buat sepanjang musim peperiksaan ini ? "

Kemal diam. Senyap. Berfikir.

" Aku tengok, kau belajar sehingga lewat malam. Kau ponteng liqa' ( baca Al-Mulk secara berjemaah ) sebab kau cakap kau tidak mempunyai masa yang cukup untuk ulangkaji. Kau masbuq solat subuh berjemaah kerana kau bangun lambat dek kerana kau terlampau lama di meja belajar untuk menelaah "

Benar, Kemal buat semua itu. Belajar sehingga lewat malam sehingga perlu bakar minyak tengah malam ( baca burn the midnight oil ) untuk berjaya dalam peperiksaan. Natijahnya, liqa' entah ke mana, subuh entah ke mana, apatah lagi untuk bangun bertahajjud.

Air mata Kemal menitis. Hati syababnya goyah.

" Tapi, aku nak berjaya Mir "

" Sampai kau lupa kepada Yang Pemberi Kejayaan ? "

Kemal diam. Cuba untuk menafsir apa yang bakal diperkatakan Mir kepadanya.

" Benar Kemal, semua mahukan kejayaan, semua mahukan kecemerlangan dalam akademik, malah dalam semua bidang kehidupan manusia, semuanya perlu dan ingin kepada kecemerlangan. Adakah dengan usaha tanpa mengharapkan kepada pertoplongan dari Allah, iaitu pertolongan yang hakiki, merupakan satu jalan yang benar ? "

Kemal menarik nafas perlahan. Dia masih lagi tenang meskipun air mata yang mengalir itu cuba diseka.

Mir membuka songkoknya, dan meletakkan kembali tangannya di atas bahu Kemal.

" Kemal, kecemerlangan yang hakiki itu, hakikatnya semua datang dariNya. Benar kita hanya perlu berusaha. Tetapi usaha itu perlulah diselangi dengan doa, dan pengharapan kepadaNya "

Mir menggosok belakang Kemal.

" Dan tidaklah kejayaan itu melainkan dengan izin Allah "

" Benda yang lepas, biarkan berlalu. Esok exam Physics bukan ? Jom start ulangkaji "

Mir bangun lantas menarik tangan Kemal.

" Kemal."

" Apa ? "

" Ibtasim ! "



★Lelah
Monday, February 8, 2016 • 7:37 AM • 1 comments





" Aku dah tak tahan, kelas terlampau banyak."

Aku terdiam seribu bahasa.

" Masa aku tak cukup. Aku penat. Baju aku tak sempat nak basuh. Kelas pagi sehinggan ke malam buat masa aku tak terurus. "

Aku masih berdiam diri. Ada orang dia hanya perlukan telinga untuk mendengar luahan ketidakpuasan hatinya. Aku terus mendengar.

" Aku manusia. Bukannya robot yang boleh diprogramkan seperti di kilang. Aku punya hati. Punya perasaan. Mengapakah cikgu tidak berfikir sedemikian ? "

" Bukankah kejayaang yang cemerlang itu datang dari usaha gigih, datang dari usaha yang berlipat kali ganda, datang dari usaha yang tidak kenal penat dan letih ? ", aku memberikan pendapat.

" Bukankah alim ulama zaman dahulu bersengkang mata tidak tidur pada waktu malam, dan hasilnya dapat kita lihat sendiri, lahirlah imam imam dengan mazhab yang mana semua umat Islam di seluruh pelusuk dunia berpegang padanya. "

" Tapi ujian kita sekarang tak sesuai dengan umur kita. Kita masih muda. Baru 17 tahun. "

" Ujian yang hebat untuk orang yang hebat. Allah tak akan uji hambanya melainkan kita dapat menanggungnya. "

Aku lihat, dia termenung. Barangkali sedang memikirkan perkara yang dibincangkan sebentar tadi. Benar, dia kelihatan tidak terurus. Rambutnya tidak disikat rapi itu sudah cukup menjadi bukti. Dia yang pada mula perkenalan dahulu sering awal ke musolla pada waktu maghrib kini tidak lagi.

" Aku penat. Terlampau penat mengejar dunia. Terlampau penat mengejar kejayaan dunia ", katanya sayu.

" Benar, aku juga penat. Tapi pengorbanan kita terlampau sedikit, berbanding guru guru kita ", aku cuba untuk menenangkannya.

" Maksudnya ? "

" Guru guru kita lebih penat jika dibandingkan dengan kita. Mereka perlu menyiapkan modul untuk kegunaan kita, menyediakan bahan persediaan untuk mengajar, perlu meninggalkan anak anak tercinta di rumah, perlu berbicara sepanjang kelas. Kita ? Hanya perlu hadir ke kelas dan duduk mendengar apa yang dikatakan oleh cikgu. Siapa kita untuk merungut ? "

Diam. Angin sepoi sepoi bahasa bertiup. Pemandangan matahari terbenam dari aras empat ini begitu menakjubkan.

Benar. Tidak salah untuk merungut. Tetapi ingatlah, ada yang lebih susah dari kita, ada yang lebih memerlukan dari kita, ada yang lebih dhaif dari kita, ada yang lebih penat dari kita di luar sana. Untuk hadapi hari esok yang lebih bahagia, kita perlu kuat.

Terima kasih cikgu ;')


★Perjalanan
Sunday, December 20, 2015 • 9:01 PM • 0 comments

"Normal, manusia mendengar untuk melawan, untuk membalas dengan kata kata, jarang sekali mereka mendengar untuk menerima"

Tergamam, ada benar juga kata kata itu. Majlis ta'lim waktu Asar ini banyak bagi ibrah, bagi pengajaran, bagi pedoman dan bagi iktibar kepada manusia. Semua itu kita boleh dapati di mana sahaja hatta dalam kita berkawan sekalipun, ada ibrah, ada peringatan dan tazkirah untuk diri sendiri. Jalan hidup kita sebenarnya, telah lama Allah atur untuk kepadaNya, yang ada untuk kita hanyalah pilihan.

"Untuk terus sebarkan dakwah, kita perlu kental, perlu tabah dan perlu kuat, perjalanan yang bakal kita tempuhi panjang, sangat sangat panjang."

Nabi Muhammad, ketika berjuang menyebarkan misinya untuk berdakwah kepada kaumnya agar tinggalkan jahiliyah untuk menuju syurga (baca henshin) juga penuh dengan onak duri, apatah lagi dengan pembenci-pembenci setia (baca haters) yang sentiasa ada untuk mencaci dan menghina diri baginda. Nabi Muhammad juga diuji sedemikian. Maka siapakah kita untuk tidak diuji sedemikian ?

Tapi zaman sekarang, semakin kita ajak untuk melakukan kebaikan, semakin kuat kita dicemuh. Aku hairan tengok manusia, tidak sukakan kebaikan, tidak suka ada yang menyeru untuk tinggalkan kejahilan. Bukankah fitrah manusia itu sukakan kebaikan ?

Benarlah,

'Islam itu bermula dalam keadaan yang ganjil, dan ia akan pulang seperti mana ia bermula iaitu dalam keadaan ganjil'

Islam pada zaman Rasulullah (sallallahu a'laihi wasallam), semua orang pandang pelik, daripada yang menyembah berhala di ajak menyembah sesuatu yang tidak dapat dilihat. Semua orang mengatakan Rasulullah seorang penyair yang gila dan pelbagai lagi tohmahan yang menghina. Islam begitu ganjil, untuk diterima oleh individu ketika itu.

Hari ini, kita tengok orang pakai kopiah pergi shopping mall, kita cakap dia pelik. Kita tengok orang pakai serban waktu solat Jumaat, semua pandang macam kita tak pakai baju pergi solat Jumaat. Kita baca Al-Quran, baca buku buku agama, orang cakap kita ini tidak ikut budaya (baca trend) terkini. Kita tak pergi konsert, tak tengok rancangan hiburan Melayu yang langsung tidak bermanfaat, mereka kata kita tak angkat mengikut masa (baca  up-to-date).

Sekarang, aku tinggalkan kau dengan beberapa persoalan. Persoalan yang memang hanya kau sendiri tahu jawapan, hanya hati kau sendiri yang tahu jawapan.

Adakah kau yang mengasingkan Islam ?

Salam Maulidur Rasul ! Sollu A'la Nabiyy !


★Retak
Wednesday, November 25, 2015 • 8:47 PM • 1 comments


"Untuk bersama selamanya adalah tidak mungkin, Allah yang mengatur sebarang pertemuan dan perpisahan, maka untuk apa kita bersedih atas takdir Allah."

Air mata menitis lagi, tewas.

Petang Jumaat itu, hari terakhir persekolahan untuk pelajar tingkatan 4. Ada yang gembira, sebenarnya semua gembira. Mana mungkin untuk tidak gembira, ada pelajar yang tidak pulang ke rumah hampir 3 bulan, maka layak untuk mereka untuk merasa gembira. Menatap wajah ibu dan ayah setelah hampir tiga bulan tidak bertemu juga adalah nikmat, nikmat yang paling besar untuk anak perantauan.

Malam sebelumnya, ketika bulan mengambang penuh, bintang bintang mengambil tempat di angkasa, kami berkumpul bersama sama di surau untuk menghadiri pertemuan terakhir kami untuk tahun ini.

"Batch entum senang untuk berkumpul, senang untuk pastikan semua hadir, batch istimewa, batch paling sikit."

Alhamdulillah, Allah bagi kesenangan. Maka nikmat tuhan yang mana lagi yang kami hendak dustakan. Ternyata semua kesenangan, semua nikmat yang Allah bagi membantu hambanya. Bukan setakat nikmat semata, malah kalau kita lihat dari aspek positif sekalipun, mehnah, ujian dan segala jenis tribulasi yang hadir dalam hidup kita juga merupakan satu didikan dari Allah, untuk hati yang lemah. Tarbiyah hati dari sang pencipta hati.

Betul, sebab hati ini terlalu rindu, rindu kepada sang pencipta rindu, yang menghadiahkan rasa rindu, dan juga yang menyampaikan rindu pada yang dirindui. Diri ini rindu untuk menghadap ilahi.

Selepas tamat, bacaan Al-Mulk, sedikit tazkirah, peringatan, perkongsian dan juga motivasi, hadir sang murabbi memberi peringatan berbentuk azimat, juga iringan doa untuk kesatuan hati hati ini dalam meneruskan legasi perjuangan seekor pipit dalam usaha menjadi helang. Selepas itu, semua bersama sama, menangkap 'kenangan' (baca gambar) untuk diabadikan sebagai memori.

Dan, ia berakhir dalam keheningan malam.

2.00 petang ;

Benar lah, ukhuwah ini bukan lah tentang,

"kau kena kawan dengan aku sebab aku lagi baik dari dia"
"aku kawan dengan kau nanti boleh kau ajar aku untuk exam"

Ukhuwah adalah apabilah kita menginginkan kebaikan untuk seseorang itu sebagaimana seperti kita mahukan kebaikan untuk diri kita sendiri. Ukhuwah juga adalah tentang, aku akan cari kau di dalam syurga kalau aku tak jumpa kau. Dan paling penting, ukhuwah ialah kau menyayangi yang lain sebagaimana kau disayangi oleh dirimu sendiri.

Mungkin, you need nobody to be a doctor, you do need nobody to become an engineer, you do need nobody to become a good 'ustaz' but trust me, those successful person, there are friends behind them, the one who support them when nobody does so.

Mungkin ada yang pernah tersalah anggap dulu, apa itu ukhuwah dan apa sebenarnya yang ukhuwah ini bawa macam diri ini dulu (baca saya), sebab ukhuwah, you can feel it by hear it from the others, you must feel it by yourself.

Salam ukhuwah fillah.


★Khilafah
Wednesday, July 15, 2015 • 7:31 AM • 0 comments

Bismillah. Alhamdulillah. Sebab Allah masih bagi kita kesempatan untuk hidup, sebab itu kau perlu bersyukur. Alhamdulillah

Kita tengok umat kita pada hari ini, bagaimana keadaan, bagaimana suasana, bagaimana kekuatan, bagaimana keimanan ? Masihkah ada lagi rasa iman ? Dapatkah lagi kita bina ummah macam zaman Khalifah Saidina Umar yang menguasai dua per tiga dunia dulu ? Masihkah ada kesedaran dalam diri yang kita ini adalah bakal peneraju dunia khilafah Islamiyyah ?

Sayang. Sungguh sayang sekali. Hampir semua dari kita bila sembang pasal khilafah Islamiyyah, semangat berapi berkobar kobar. Tapi kenapa, kenapa kita tidak melakukan sesuatu untuk mengembalikan zaman kekhilafahan tersebut ? Kenapa bila ajak tinggalkan benda yang buruk ditolak ? Kenapa bila ajak cinta nabi sebelum cinta ajnabi dicaci ? Kenapa bila diajak merapatkan ukhuwah kita enggan ? Kenapa bila kita seru buat benda baik dikata bajet alim ?

Ini mentaliti manusia. Mentaliti yang sampah yang mana kita kena buang. Mengapa perlu dibuang ? Kerana adanya individu seperti inilah, umat Islam tewas dalam perang Uhud.  Kerana adanya individu seperti inilah, jatuh musnah kerajaan Turki Uthmaniyyah. Kerana adanya manusia seperti inilah, habis hancur kota Melaka diganyang Portugis. Kerana adanya individu seperti inilah, khilafah Islam masih tidak dapat diwujudkan.

Jangan sembang dengan aku lagi pasal khilafah, kalau aku ajak tinggalkan ajnabi untuk cinta nabi dulu pun kau tolak. Kalau aku ajak kau buat benda baik kau cakap kau enggan menjadi hipokrit. Kalau diajak untuk tinggalkan kejahatan, kau katakan tiada manusia yang sempurna. Kalau aku ajak kau jadi hamba yang bertakwa kepada tuhan pun kau rebah. Kalau aku ajak kau sebarkan apa yang Islam ajar pun kau futur. Sudah.

Jangan sembang dengan aku pasal khilafah lagi.




★Titanium : A pair of wings to Jannah
Wednesday, December 31, 2014 • 6:35 AM • 2 comments


Bismillah. Alhamdulillah. Fitrah manusia, datang dan pergi. Jangan ditanya bagaimana ia terjadi. Hukum alam. Ya, bertemu pada tarikh 5 Januari 2012, di dataran penuh gemilang. Jeling-menjeling. Pandang-memandang. Mencari mana kawan dan yang mana lawan. Yang mana ketua dan yang mana balaci. Yang mana terkenal dan yang mana disanjung. Yang mana pembimbing yang mana talam dua muka.

Dan sekarang, aku menulis ini tepat jam 12 tengah malam. Jadi sudah masuk 3 Disember. Sudah hampir tiga tahun kami bersama. Aku hairan. Tidak ada sambutan ulangtahun kah ? Persetan, kami sudah besar. Hanya kanak-kanak cengeng sahaja sambut pesta hari lahir. Bukan kami.

Jangan pernah kau ungkapkan kata, mengapa manusia ini hadir dalam hidupmu. Jawapannya dua, sama ada sebagai rahmat, atau pembawa malapetaka. Dan otak aku masih belum menafsirkan sama ada mereka ini yang pertama atau yang sebaliknya. Jadi, aku tanam dalam jiwa aku yang mereka ini sebagai rahmat. Kerana hadirnya mereka, aku kenal apa itu kehidupan.

Lawatan Pantia Sejarah

Bila berbicara tentang Sejarah, pastinya ada yang mengimbau kenangan-kenangan ketika mana Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan Merdeka sebanyak tujuh kali di stadium Merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957. Ada juga yang menitiskan air mata mengingati perjuangan perajurit-perajurit yang memerah keringat berjuang menggunakan mata pedang mempertahankan tanah air tercinta.

Aku kasihan. Mereka nenek moyang kita terdahulu berjuang bermati-matian mendapatkan kemerdekaan negara. Sayang seribu kali sayang. Memang benar negara kita sudah merdeka pada zahirnya. Namun anak muda kita masih terjajah oleh pengaruh barat dan timur. Minda terjajah ini lebih teruk bahkan lebih mudah para pemuda kita rebah di medan jihad.

Awalnya, kami bertolak ke Istana Negara. Ya, dulu ianya sebuah istana yang diduduki tetapi sekarang sudah menjadi muzium. Perasaan gembira dan teruja itu sememangnya ada. Aku bukan anak orang berada. Aku sedar. Siapa aku untuk melangkah masuk ke kawasan istana itu.

Aku melangkah masuk. Penuh girang penuh dengan perasaan teruja. Ya Allah, kehidupan seorang raja. Mewah. Senang. Hidup orang berada. Rasa seperti di syurga dunia. Aku terimbau kembali ketika aku di Miri sempena perkahwinan abangku. Jalan raya yang tidak berlampu. Rumah yang usang. Perkhidmatan kesihatan yang kurang. Bayangkan seorang doktor di klinik desa itu perlu merawat hampir dua ratus orang setiap hari. Kasihan. Rakyat hidup susah, raja hidup senang memakai mahkota di istana.

Kemudian, kami ke muzium negara. Maafkan aku, aku tidak minat untuk bercerita lebih lanjut kerana otak aku bukannya otak untuk mentafsir perkara-perkara yang berkaitan dengan tarikh, tempat dan lain lain yang dipanggil Sejarah. Dan aku merasakan aku seperti dalam khayalan. Aku seperti berada di minda separuh sedar. Oh, aku tahu perkataan untuk perasaan ini. 'Bosan.' Dan akhir sekali kami berangkat ke Tugu Negara.

Result PT3

Dan akhirnya tibalah juga pada hari yang mungkin dinanti atau mungkin tidak. Bagi aku, inilah hari di mana aku dapat tengok usaha aku selama tiga bulan sebelum ujian. Tapi aku tidak kesah. Asalkan aku masih ada tempat untuk belajar aku tidak kesah. Alhamdulillah, aku perlu bersyukur. Kerana Allah beri apa yang aku mahukan malah lebih baik daripada itu.

Kepada rakan-rakan ku, meskipun result kamu tidak cemerlang dengan warna warni berterbangan (pass with flying colous), tahniah. Itulah kalian. Jangan ada perbezaan antara kita, hanya kerana satu sistem celaka yang dipanggil ujian.

Dan akhirnya, habislah apa yang hendak aku ceritakan tentang rakan rakan aku kepada kalian. Mereka mungkin hanya insan biasa, namun bagi aku mereka adalah jiwa, jiwa yang membentuk satu ikatan kekeluargaan yang erat, malah lebih erat daripada apa yang paling erat di dunia. Aku mengambil masa yang lama untuk membiarkan jari-jari aku terus menaip di atas papan kekunci ini, dari 3 Disember sehinggalah hari ini, detik ini iaitu 31 Disember jam 10.32 pagi.

Esok 1 Januari 2015 tetap akan berlalu, berlalu pergi seperti hari hari yang lain. Mungkin aku akan pergi. Mungkin kau juga akan pergi. Siapa kau untuk menghalang fitrah datang dan perginya manusia ? Kita hanya insan, insan yang wajib pergi. Namun, hanya satu akan tinggal iaitu kenangan. Fi hifzillah. Fi amanillah


★Random
Sunday, December 14, 2014 • 2:29 AM • 2 comments

 
Bismillah. Alhamdulillah. Kalau hari ini, kau masih ada mata yang boleh melihat, kau ada sepasang telinga yang boleh mendengar, kau ada sepasang kaki untuk bebas berjalan, kau sememangnya wajib untuk bersyukur. Kau perlu ingat, tidak semua manusia punyai nikmat itu.

Masalah datang. Kadang-kadang ia pergi, kadang ia tidak. Kenapa ? Sebab manusia tidak menggunakan otak mereka untuk menyelesaikan masalah. Maksud aku, mereka malas untuk menggunakannya. Masing-masing ambil sikap acuh tak acuh dalam sesuatu perkara. Dan hasilnya, satu masyarakat jenis moden yang malas untuk berfikir telah wujud pada era globalisasi ini.

Bagi kau, aku hanya merapu. Menaip beribu-ribu malah berjuta patah perkataan ini hanya untuk melawak, hanya untuk berjenaka. Tapi kau silap, jari-jari aku ini masih lagi rancak menari di atas papan kekunci ini kerana ingin mengemukakan realiti hidupan manusia zaman ini. Zaman di mana ramai cendekiawan telah ada, tapi tamadun manusia makin rapuh dan mungkin suatu hari nanti, akan musnah.

Sejarah Tingkatan empat ajar tentang tamadun. Tamadun-tamadun manusia. Tamadun Mesopotamia yang terletak berdekatan dengan sungai Tigris, Tamadun Mesir Purba yang terletak berhampiran dengan Sungai Nil, Tamadan Indus yang berdekatan dengan sungai Indus. Kita bangga dengan tamadun. Kata orang, tamadun ini lambang peradaban manusia. Kalau tamadun ini betul lambang peradaban manusia, apakah manusia sekarang tidak bertamadun ? Kenapa ? Kerana aku lihat adab manusia sudah hilang. Hanyut ditelan arus teknologi.

Kita perlu sedar. Perlu bangkit daripada tidur yang lena. Sampai bila kau mahu dilitupi selimut ? Sampai bila ? Sampai dunia ini kiamat ? Sampai matahari terbit sebelah barat ? Sedarlah. Allah utus kita di dunia untuk jadi pemimpin. Allah jadikan kita khalifah di muka bumi. Tapi apa kau buat ? Terus bergelumang dalam dosa ! Kau perlu bangkit. Kembalikan adab dalam diri setiap individu untuk membentuk satu tamadun peradaban manusia yang baru, itu tugas kita.

Benar, mewujudkan satu tamadun peradaban satu yang sukar. Memang sukar. Oleh kerana itulah kita perlu bersama-sama berganding bahu bagi mewujudkan tamadun yang kita ingini. Bukannya bekerja nafsi-nafsi. Apa kau ingat kau boleh gali kubur kau sendiri bila kau mati ? Apa kau ingat bila badan kau sudah terkujur kaku, kau masih boleh memandikan diri sendiri ? Apa kau fikir kau yang sudah tidak bernyawa itu mampu berjalan sehingga ke kubur tanpa menggunakan van jenazah ? Masya Allah, kau siapa ? Kau bukannya tuhan. Itu bukti kau perlu hidup dalam jemaah.

Mungkin kau akan fikir bahawa aku ini bajet suci. Poyo. Berlagak tidak berdosa. Teruskanlah. Tetapi ingat ! Hanya orang yang jumud, yang asyik memikirkan dirinya baik, suci, tiada dosa sahaja tidak menerima teguran. Sebab orang seperti ini jugalah, tamadun peradaban manusia hancur. Musnah. Sebab sifat ego, sifat bongkak inilah, semua manusia mati. Mati jiwa ditelan arus teknologi. Ingat, kau perlu insaf, perlu sentiasa membaiki diri. Sebab kau bukan tuhan !


★Titanium : Together under the same roof
Monday, December 1, 2014 • 2:00 AM • 4 comments


Bismillah. Tiada pendahuluan. Tiada kata-kata aluan. Cuma aku ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana masih membenarkan jari jari aku rancak menari di atas papan kekunci (baca keyboard) ini. Alhamdulillah. Aku tulis semua ini sebab ada satu perasaan di mana bila aku rasa aku perlu tulis, aku tulis.

Sayang. Satu perkataan yang nampak ringkas tapi padat. Padat dengan maksud yang sangat mendalam. Kata orang, sayang satu kebahagiaan. Sayang perasaan yang suci. Namun, sayang sekali apabila ada tangan-tangan keji manusia celaka yang menyalahgunakan sayang itu. Sayang yang asalnya suci, cemar di olah manusia. Lebih tepat lagi, syaitan yang bertopengkan manusia.

Kenapa perlu ada rasa sayang ? Kenapa hidup perlu berkasih sayang ? Sebab lumrah manusia, hidup berkasih sayang. Klise. Memang klise. Tapi memang itu yang hakikatnya. Terserah pada kau untuk mempercayainya atau tidak. Aku bukan sesiapa yang boleh paksa diri kau terima semuanya dari aku. Sudah.

Birthday Prank untuk Cikgu Wani

Guru. Tanpa guru siapalah kita. Tanpa jasa seorang guru, tidak akan negara melahirkan seorang perdana menteri yang berjaya. Jadi, tidak kiralah setinggi mana jawatan kau sekarang, itu semua dari usaha seorang guru.

Jadi, kami sebagai murid (baca anak) kepada cikgu Wani, berbincang bagai mana cara untuk kami menunjukkan penghargaan kami selama tiga tahun menjadi guru (baca ibu) kepada kami. Apa yang telah kami lakukan, sangat jauh di luar jangkaan. We should think outside the box, right ?

Allah, mengalirnya air mata seorang guru tanda gembiranya beliau sudah cukup untuk membuatkan kami bahagia. Ya Allah, berkatilah hidup seorang Mu'allimah ini. Kurniakan kepadanya kekuatan yang tidak ada pada orang lain. Amin.

Program Sembelihan

Kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Pengorbanan. Daripada sebuah pengorbanan terhasilnya kejayaan. Daripada sebuah pengorbanan juga terhasillah kebahagiaan. Daripada pengorbanan juga terhasilnya cinta. Maka benarlah firman Allah. Nikmat tuhan mu manakah yang ingin kau dustakan ?

Sekarang. Semua pengorbanan sia-sia. Sampah. Kau berkorban lah apa jua sekali, kau akan dibalas dengan benda yang sama. Pengkhianatan. Itu hidup masa kini. Kau tetap perlu hadapi semua perkara ini kerana kau manusia zaman ini.

Sembelihan memerlukan kekuatan. Kekuatan dari semua aspek. Apa kau kira kau sudah cukup kuat bila kau bina badan, tapi untuk sembelih ayam, kau terketar-ketar. Ya, inilah menguji kita. Bagi memastikan kita insan serba boleh di masa hadapan. Bukan untuk hidup sebagai penakut, jauh sekali sebagai pengecut (baca pondan). Jadi, kau perlu hadapinya.

1 Murid 1 Sukan

Kata pujangga akal yang cerdas datangnya dari badan yang sihat. Tapi, entah mengapa. Aku melihat orang yang selalu tertidur ketika sesi pembelajaran, selalu tidak menyiapkan kerja yang diberi, selalu melakukan masalah ialah pelajar yang bersukan ? Adakah apa yang diperkatakan pujangga tidak benar. Atau ia telah berubah sesuai dengan peredaran zaman ? Entah. Aku tidak mengerti.

Seperti biasa, apabila ada acara sebegini, semua pelajar perlu mengambil bahagian. Acara ini hanya dibuka untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 3 iaitu mereka yang telah bebas, yang telah merdeka daripada belenggu kekejaman (baca PAT). Entah mengapa, sebelum bermulanya acara ini, aku terimbas kenangan aku ketika aku masih di tingkatan 1. Ala-ala nostalgia mungkin. Pedulikan.

Aku mewakili rumah sukan yang begitu aku banggakan iaitu rumah Abdullah Ibnu Rawahah (baca kuning). Bagi tidak menimbulkan rasa ketidakpuasan hati yang lain, aku ingin sekali mengatakan bahawa rumah-rumah sukan yang lain sungguh hebat. Ya, itu memang aku tidak dapat untuk menafikannya.

Adat permainan. Adat pertandingan. Ada yang menang. Ada yang kalah. Itu semua bergantung kepada sejauh mana kau bertawakkal kepada Allah. Sejauh mana kau berusaha. Usaha tanpa doa itu amat sombong sekali. Kau ingin pergi ke mana tanpa berkat dari tuhan ? Apa kau fikir kau bisa berjaya tanpa redha tuhan ? Fikir. Allah bagi kau otak, bagi kau akal untuk berfikir. Kau bukan binatang. Ada otak tapi tidak ada akal.



★-
Saturday, November 29, 2014 • 4:23 AM • 1 comments

Bismillah. Alhamdulillah. Aku bosan. Bosan dengan adat. Bosan dengan masalah. Bosan dengan manusia. Bosan dengan segalanya. Memang lumrah, orang baik hidup dipijak. Kenapa ? Orang baik bodoh. Baik sangat sampai dipijak. Kadang, ada yang tikam dari belakang. Siapa suruh jadi baik ?

Aku malas untuk tulis tajuk. Aku malas fikir. Kenapa aku perlu bazirkan masa aku untuk berfikir benda yang kecil sedangkan dunia masih memerlukan aku untuk berfikir benda benda yang lebih mustahak, lebih besar. Jadi, tajuk -.

Aku tulis untuk berkongsi. Kalau kau rasa benda yang aku akan tulis tidak begitu penting bagi kau, aku persilakan kau tekan hujung atas sebelah kanan.Silakan, aku tidak halang. Malah, aku tiada kudrat sebegitu kuat untuk menghalang.

Aku tengok televisyen. Iklan tentang filem-filem melayu baru. Artis juga artis baru. Astaghfirullah. Aku rasa nanti kalau aku sudah kahwin, sudah ada anak, aku tidak akan membeli televisyen. Sudah. Katanya negara Malaysia ini negara yang agama rasminya agama Islam. Dan aku begitu yakin sekali yang artis-artis melayu itu juga semuanya Islam.

Ya. Islam hanya pada nama. Hanya pada kad pengenalan (baca I.C). Bukan pada amalan. Bukan pada pakaian. Bukan pada pertuturan. Berlakon aksi peluk-memeluk. Bercumbu-cumbuan. Dan kau masih berani mengatakan yang kau bangga dilahirkan dalam Islam. Persetankan. Islam itu suci. Bersih. Apa kau fikir, dengan lakonan kau sebegitu rupa tidak merosakkan imej Islam ? Bukan sahaja rosak, malah hancur.

Kalau kau mengatakan bahawa, ia bukan salah kau, salah direktor. Habis, kenapa pergi juga berlakon ? Banyak lagi kerja lain, kenapa bidang lakonan juga yang kau pilih ? Kenapa ? Tahukan kau yang kita sedang berlakon berpentaskan dunia. Dan kau masih menginginkan bidang lakonan sebagai kerjaya ?

Kau mungkin berfikir bahawa aku ini suka menjatuhkan. Aku tidak ada semangat pembina. Kau mungkin juga akan fikir bahawa aku ini stereotype. Terpulang. Kalau itu yang terbaik bagi kau. Aku hanya menasihati (baca memerli atau menghina). Kalau kau tidak mahu menerima, nasib. Itu hidup kau, bukan aku.


★Titanium : A Long Journey
Tuesday, November 25, 2014 • 10:16 PM • 6 comments



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan pentadbir seluruh alam. Dan aku juga bersyukur kerana aku dilahirkan dalam keadaan diri aku dan tidak sama dengan orang lain. So, be proud of yourself, dear. Why ? Because you are more precious than others.

Jadi, post untuk kali ini aku dedikasikan khas buat ahli batch aku iaitu batch Titanium 12-16 dalam menghadapi tahun 2014 yang aku kira cukup mencabar buat diri aku dan rakan-rakan aku. Jadi, untuk pengenalannya serba sedikit, kami mula mendaftar masuk ke bumi tarbiyyah ini pada 5 January 2012 dan ditempatkan di asrama Wisma Zelan. Yang seterusnya, kalian semua boleh membaca di post post aku terdahulu.

Kami pada tahun ini melangkah masuk ke bumi SMA-MAIWP hanya dengan satu matlamat, satu impian, satu cita-cita iaitu mendapat Band 6 dalam PBSMR. Ya, pada awalnya itulah nama peperiksaan yang bakal kami duduki pada tahun ini. Jadi, kami mula memasakkan niat kami, seiring dengan kehendak dan harapan sekolah. Ok, ini bosan. Jadi, sekarang aku akan menceritakan aktiviti-aktiviti yang kami lalui sepanjang tahun ini bersama-sama.

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2014

Yang ini yang pertama. Untuk pengetahuan, kami batch Titanium buat lakonan. Pada dasarnya, lakonan kami tersangat-sangatlah bosan. Waktu rehearsel, lakonan kami sangat teruk sampai abang Rafi suruh pendekkan masa lakonan. Jadi, waktu malam, kami buat usrah, kami bincang, kami mengemukakan cadangan, kami merumuskan apa yang sepatutnya kami lakonkan untuk esok dan kami berjaya capai kata putus. Namun, jam sudah menunjukkan jam 12.35 tengah malam dan esok ialah hari guru. Jadi, kami bersengkang mata, hanya untuk membuatkan mereka yang lain terhibur pada keesokannya.

Keeseokannya, semua ahli batch kami berkemeja putih, bertai hitam, berseluar slack hitam. Oh lupa, lepas lakonan, kami ada buat sedikit suprise untuk cikgu. Ya lah, dah nama pun hari guru, mestilah ada suprise. Kami mendapat giliran yang terakhir sekali untuk melakukan persembahan and it is the perfect timing lah weyh. And who knows, lakonan yang semalam bosan gila, boleh jadi lakonan yang paling best hari tersebut. Ya Allah, aku bersyukur sangat-sangat, kau hadirkan aku dalam batch yang sangat kreatif ini.

Tangkap Gambar Batch

"Kalau aku mati, pastikan ada yang hidup antara kita. Memori"

Ada sesetengah orang cakap, ayat itu macam menggelabah. Mungkin menggelabah bagi mereka. Tapi bukan bagi aku. Bagi aku, ayat itu macam bagi seribu satu makna, yang kalau boleh aku nak ungkaikan satu persatu makna yang tersirat di sebalik ayat itu.

Memori. Gambar. Yuna cakap every picture have their own story. Jadi untuk mengekalkan memori, kami tangkap satu gambar yang mana dalam gambar ini, mempunyai kisah yang tersendiri bagi setiap individu yang berlainan. Hari tu, ada kelas KHB. Kami belajar pasal akaun penamat la, akaun perdagangan la dan lain-lain. Oh maaf, aku bukan nak bercerita tentang kelas KHB tapi lepas aktiviti yang kami akan lakukan lepas itu.

Hari tersebut panas. Matahari terpacak atas kepala. Awan menghiasi langit biru, ah indah. Kami pun berdiri mengikut perkataan PT3 9A. Pelajar puteri buat PT3, putera buat 9A.Ukhuwah ini manis. Kalaulah boleh digambarkan ukhuwah itu macam mana, aku akan gambarkan ukhuwah itu macam gula-gula kapas. Manis. Lembut. Tapi tetap akan hilang. Pasti.

Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)

Peperiksaan. Satu bentuk ujian yang diwujudkan untuk mencari perbezaan dalam kalangan manusia.Kenapa perlu ada peperiksaan kalau peperiksaan itu hanya mengecewakan manusia. Kenapa perlu ada peperiksaan kalau ianya memecahkan hubungan yang dibina. Kenapa perlu ada peperiksaan hanya untuk mengelaskan pelajar ikut kecerdikan tahap otak mereka berfikir. Kenapa perlu ada peperiksaan kalau ia hanya untuk memastikan pelajar yang bodoh terus bodoh dan yang pandai lupa daratan.

Kata orang, sesuatu yang dibuat itu pasti ada sebab. Ada hikmah. Mungkin aku ini tidak menggunakan mata hati untuk tengok apa kebaikan di sebalik peperiksaan itu. Jadi, aku tengok muka-muka suci, masuk ke dalam dewan peperiksaan, berbekalkan ilmu penuh di dada, aku ucapkan semoga berjaya kepada mereka. Aku ucapkan sedemikian sebenarnya hanya untuk menghilangkan perasaan gemuruh di dada.

Aku melangkah masuk. Ya, meski ilmu aku tidak penuh di dada, aku akan cuba buat yang terbaik. Persetankan kata-kata manusia, aku terus berjalan masuk. Ini bukan calang-calang peperiksaan, aku sedar semua itu. Aku bersama rakan-rakan aku yang lain berjuang sehingga ke titisan keringat yang terakhir. Dengan berakhirnya sistem tidak berguna dan hanya membuat pelajar sakit jiwa yang digelar peperiksaan, aku dan rakan-rakan aku yang lain berjaya membuktikan bahawa belajar dalam masa tiga bulan yang terakhir mampu membuatkan kami gembira ketika kami melangkah keluar dari dewan pada hari terakhir.

Bersambung...


★Manusia ialah manusia.
Sunday, November 23, 2014 • 3:41 AM • 1 comments

Bismillah. Kalau Allah cakap kau sepatutnya mati sekarang, kau akan mati. Jadi kau perlu bersyukur. Bukan ! Kau wajib bersyukur sebab Allah masih bagi kau peluang untuk hidup. Allah itu Maha Pemurah, Maha Penyayang. Aku pelik kenapa masih lagi ramai yang tidak mahu bersyukur. Manusia sekarang. Katanya hidup bertuhan tapi sayang, cara hidup macam Atheis, macam tuhan tak pernah wujud dalam hidup.

Kenapa dengan manusia ? Apa masalah dengan manusia ? Memang, manusia banyak masalah. Aku, kau dan juga dia sama-sama manusia. Sama-sama banyak ragam. Kenapa pilih manusia ? Sebab manusia ada akal yang boleh digunakan untuk berfikir pada asalnya. Tapi sekarang, dunia huru-hara kerana manusia guna akal pada jalan nafsu. Kalau dulu, nenek moyang kita cakap biar nafsu ikut akal, sekarang terbalik.

Aku belajar sirah. Tentang Nabi Muhammad. Tentang Zaman Jahiliyah. Tentang apa yang mereka lakukan di zaman jahiliyyah. Menurut buku, zaman jahiliyah ini, waktu belum sampai hidayah, belum sampai cahaya dalam hati mereka. Aku tutup buku, terpandang surat khabar.

'Kes Buang Bayi Meningkat.'

Kalau zaman jahiliyah dulu, mereka tanam bayi perempuan. Katanya, merosakkan nama keluarga. Tapi sekarang bayi lelaki juga dicampak, dibiarkan dalam mangkuk tandas. Aku keliru, kalau masyarakat jahiliyah tanam bayi perempuan, kita masyarakat apa ? Oh, ahli falsafah masih tidak menemui frasa atau perkataan yang sesuai.

Aku memang tidak dapat untuk menafikan bahawa manusia pelupa. Berasal dari perkataan arab yang bermaksud pelupa. Ya, tuhan utuskan ulama. Tapi kalau ulama, kita buang, siapa yang akan ingatkan kita ? Ingatkan dosa, ingatkan pahala. Ah sudah, aku lupa satu perkara tentang manusia. Manusia ada sifat bongkak. Sombong. Sifat yang sepatutnya tuhan saja ada.

Oh aku lupa, manusia selamanya manusia.

★Hati dan manusia.
Monday, October 20, 2014 • 6:22 PM • 0 comments


Amir seorang yang suka melakukan kesalahan terhadap orang lain. Walaupun dia gemar melakukan kesalahan, dia tidak kesah, kerana dia percaya apabila dia minta maaf nanti tentu orang akan memaafkan kesalahannya.


Pada suatu hari, Amir telah melakukan satu kesalahan yang cukup berat. Dia telah melukakan hati seorang gurunya. Mungkin bagi orang lain itu adalah satu kesalahan yang besar, namun Amir merasakan bahawa kesalahan yang dilakukan itu adalah perkara biasa yang akan dilakukan oleh pelajar lain.

Setibanya Amir di rumah, Amir menceritakan perkara tersebut kepada ibunya.

"Ibu, tadi Amir telah melukakan hati seorang guru."

"Mengapa kamu berbuat sedemikian Amir ? Adakah kamu merasakan bahawa dengan perbuatan kamu itu, ilmu yang kamu pelajari akan diberkati ?"

"Tapi ibu, saya boleh meminta maaf kepada guru tersebut untuk mendapatkan keberkatan ilmunya."

"Baiklah Amir. Sekarang cuba kamu pergi ambil paku, dan paku dinding tersebut." Ibunya berkata sambil menunjuk ke arah dinding.


Amir pun menuruti perintah ibunya. Dia segera mengambil paku dan mengetuk dinding rumahnya.

"Baiklah, sekarang cabut semula paku tersebut."

Amir menuruti apa yang diperkatakan ibunya.

"Apa yang kamu dapati sekarang, Amir ?"

"Dinding rumah kita telah rosak ibu."

"Begitulah juga dengan hati manusia Amir. Memang setiap kesalahan yang kita lakukan akan dimaafkan kalau kita buat salah. Tapi, ia tetap akan meninggalakan kesan yang mendalam di dalam hati kita Mir. Mungkin Amir merasakan hanya dengan meminta maaf, semuanya akan selesai. Tapi tidak Amir, kesan yang ditinggalkan di hati cukup pedih."

"Oh Amir faham sekarang."

-Angguk Geleng-



★Pemergianmu Dikenang.
Friday, June 6, 2014 • 12:31 AM • 4 comments




Pada tanggal 20 Mac 2014 telah perginya seorang insan istimewa yang diberi nama Ahmad Zuhairi bin Ahmad Fauzi. Ya, nama diberi seindah akhlaknya, semurni kata-katanya. Kali ini, aku dedikasikan entry kali ini khas untuk beliau.

Beliau merupakan seorang yang sangat berhati mulai, memiliki tutur kata yang indah dan diserikan lagi dengan akhlak dan budi pekertinya yang luhur. Ah sayang, insan yang begitu cekal menyebarkan rasa cinta kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW telah tiada. Pemergiannya merupakan satu kehilangan yang sungguh bagi kami.

Merupakan seorang Pembimbing Rakan Sebaya di sekolah yang penuh kata-katanya dengan hikmah dan ibrah. Seorang yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Tidak pernah mencebikkan muka apatah lagi merungut apabila diberi arahan. Senyumannya yang manis tidak pernah lekang dari bibirnya menyerikan lagi rupa parasnya.


Pada tanggal 18 Mac,beliau telah mengalami kemalangan jalan raya ketika menemani bapanya. Benar, dia seorang anak yang baik dan patuh kepada kedua-dua ibu bapanya. Motorsikal yang ditunggangnya terbabas lalu melanggar pembahagi jalan. Beliau dikejarkan ke hospital dan terpaksa mengalami pembedahan akibat pendarahan yang kuat di otaknya.

Ya, Allah lebih sayangkan beliau. Beliau pergi berjumpa Ilahi selepas alat bantuan pernafasannya dicabut disebabkan otaknya sudah tidak dapat berungsi. Tarikh 20 Mac akan tetap tersemat di ingatanku kerana tarikh itulah, orang yang bakal berbakti untuk agama ini sudah tiada.


Aku relakan pemergianmu
Kerana tuhan lebih menyayangimu
Pergilah kau dengan tenang
Menghadap sang Pencipta yang Mulia
Pergilah kau 
Kami pasti akan menyusul jua

Dalam kenangan
Ahmad Zuhairi Ahmad Fauzi
(29 Mac 1996 - 20 Mac 2014)

P/s : Maaf pengguna 'aku' bagi yang lebih dewasa.

★Memaafkan dan Melupakan
Saturday, November 2, 2013 • 5:59 AM • 0 comments




Sememangnya, hidup kita kene banyak bersyukur.

Kaifa halukum jami'an ? Semoga semua berada dalam keadaan sihat hendaknya ya. Sememangnya hidup di dunia ini kita kene banyak bersyukur. Sangat banyak bersyukur ke pada Allah ! Jom sama-sama kita cakap -


Alhamdulillah, Terima kasih Ya Allah, I Love you Allah :]

Okay, kita kembali kepada topik. Memaafkan dan melupakan !

How to solve a problem ?
Forgive and Forget !

Memaafkan ( Forgive )



Apa itu memaafkan ? Mesti semua rasa yang memaafkan itu ialah perkara penting yang diperlukan oleh Peminta Maaf untuk mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. Memaafkan memang sukar. Memerlukan
pengorbanan jiwa dan kerendahan ego untuk melakukan hal tersebut.


Namun, kita kena ingat kita ini hanya hambaNya yang hina. Sedangkan Allah boleh memaafkan hambanya, apatah lagi kita ! Nabi Muhammad pun boleh memaafkan umatnya, kita apatah lagi. Kita hanya insan biasa, sepatutnya lebih berhak memaafkan orang lain. Rendahkan ego, tinggalkan hasutan pemikiran dan maafkan dengan ikhlas. Ianya akan selesai.

Melupakan ( Forget )


Forget. 5 huruf yang membentuk satu perkataan yang mampu memadamkan kesedihan sekaligus membawa kepada kebahagiaan hati. Ya, kebahagiaan hati setelah sekian lama bersedih !

Orang kata ada dua perkara yang kita kene ingat dan dua perkara yang kita kene lupa.


Perkara yang kita kena ingat ialah :

~ Perbuatan baik yang orang buat dekat kita
~ Perkara jahat yang kita buat terhadap orang lain

Perkara yang kita kene lupa ialah :

~Perkara baik yang kita buat dekat orang
~ Perkara jahat yang orang buat dekat kita


Jadi kesimpulannya, bagi memupuk sikap ukhuwah dan mahabbah antara manusia, kita kene sentiasa amalkan dua benda ini. Memaafkan dan melupakan merupakan dua cara termudah dalam menyelesaikan sesuatu pertelingkahan atau masalah. Tak percaya ? Jom kita try !

P/s: Maaf penggunaan 'aku' bagi yang lebih dewasa.


★Sekolah a.k.a School ( Part 2 )
Wednesday, June 5, 2013 • 7:34 AM • 0 comments




Jeng, jeng , jeng. Kaifa halukum jami'an ? Semoga semua pembaca-pembaca yang setia ini semuanya berada dalam keadaan sihat belaka hendaknya ya. Alhamdulillah, kita memang sepatutnya bersyukur di atas segala nikmat yang telah dikurniakannya kepada kita. 

Alhamdulillah , terima kasih Ya Allah, I  you Allah.

Berdasarkan tajuk di atas ini, sebenarnya sudah sekian lama aku pikir nak update pasal ni tapi maklumlah sebagai budak asrama masa tidak mencukupi. Tapi ini adalah disebabkan oleh permintaan seseorang di Ask.FM, terpaksalah saya tunaikan. So, kali ini aku akan menceritakan akhir-akhir bulan 2012 and 2013. Bagi sesiapa yang belum baca lagi Sekolah a.k.a School ( Part 1) sila tekan sini. ;)

Itulah budaknya. No identiti -,-

Akhir 2012 

Hahaha,tak sangka betul woo, rasa macam baru semalam kitorang daftar nak masuk sekolah ni, rasa macam semalam kitorang kumpul dekat dewan masjid untuk dengar taklimat, rasa macam semalam kitorang baru MITA ( Minggu Taa'ruf ), rasa macam baru semalam kenal kawan-kawan, rasa macam baru semalam budak second intake masuk tengok tengok minggu depan dah last week sekolah. Sedih ? Entah lah, tak dak perasaan waktu ni. 

Apapun yang berlaku Kami tetap Kami ;)

Waktu hari last sekolah, ada lah sikit kot perasaan sedih dekat hati ni. Abang-abang form 5 semua tengah exam SPM. Entah mengapa SPM tahun lepas start agak awal. Kitorang yang ambik PBS ni pun pelik kenapa SPM start awal tahun ni. Sebelum nak balik rumah, Cikgu Wani minta kitorang berkumpul sekejap. Waktu tu Cikgu Wani pun kasilah sepatah dua kata yang betul-betul menyentuh hati kitorang semua. 

"Cikgu berharap kamu semua akan mendapat warden yang lebih baik tahun depan. Jaga diri baik-baik waktu cuti ni. Cikgu sayang kamu semua "


Cinta memerlukan pengorbanan dan pengorbanan memerlukan kasih sayang
Tanpa kasih sayang, cinta dan pengorbanan sia-sia 

Tersentap den. Hahaha. Takpe cikgu, kitorang pun doakan cikgu bahagia ;)

2013, New Year New Book !


Live while we are young ^^

Hari First Pendaftaran

Sebelum pendaftaran semua kecoh, ye lah tak tau nak pakai baju ape untuk pendaftaran. Hahaha, semua kelam kabut, yang tuh tanya yang tuh,yang ni tanya yang ni. Lastly semua pakai baju batik. Tapi ada jugak yang pakai baju sekolah. Waktu aku sampai dekat sekolah tuh, aku pelik lah, napa sekolah nampak senyap je. Rupanya pendaftaran dekat dewan masjid. Diorang semua tengah dengar taklimat YDP PIBG. Best dapat jumpa kawan semua, al-maklumlah cuti yang sebulan tuh , jumpa pun dekat FB je. Aku pun pergilah dekat diorang salam, then borak-borak lah sikit.

Asrama Taman Melati

Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya 
sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri !

Untunglah budak kelas Ma'wa , 2 bilik tuh semua budak kelas diorang. Untunglah. Sampai aku, oh ade 2 junior and seorang senior. Haishh.... tak adil benar. Kejam bangat ! Kesian aku. Urmm... best ke duduk Taman Melati ? Entahlah, bagi budak yang agak homesick seperti aku ni, aku tak nak sangat nak duduk Melati tu, dah lah jauh lepas tu tinggi pulak tu. Penat lah nak naik turun tangga bagai ni.


Kalau pasal sekolah pulak, semuanya tak berubah, ahli kelas sama. *ceh,muka sama lagi* Cuma guru kelas and guru yang mengajar subjek tertentu je berubah. Guru  kelas kitorang Puan Roslina ( Adni , silalah jeles ) Best. sporting sangat dengan kitorang. :)

Mungkin sampai sini je lah yang boleh saya ceritakan. Semoga semua boleh ambik iktibar dan pengajaran daripada update ini. Yang buruk tu, sama-samalah kita buang jauh-jauh ye. Ilal liqa' !

P/s Maaf penggunaan aku bagi yang lebih dewasa.



★Ini kisah Aku, Dia, Mereka dan Sekolah Baru !
Tuesday, May 28, 2013 • 5:25 PM • 0 comments


Hik hik hik. Kaifa halukum jami'an ? Test test ! Okay, harap semuanya sihat disamping mendapat redha  Illahi. Ya, kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita ada. Sambil-sambil membaca blogku yang tidaklah seberapa ini, marilah kita bersama menyedekahkan Al-Fatihah kepada saudara kita yang masih hidup ataupun meninggal dunia di luar sana. Al-Fatihah......

Orang cakap kalau kita tidak menginginkan perpisahan, jangan memulakan
sebuah pertemuan!

Kembali kepada topik perbincangan kita, aku ,dia, mereka dan sekolah baru. Kat sini, aku nak cerita pengalaman pahit manis kitorang semasa duduk di Taman Melati dan perbezaannya dengan Zelan sebelum kita ke sekolah baru. ( Ternyata di lubuk hati aku, perasaan cinta akan Zelan masih tersemat )

Pergi Sekolah

People change, memory doesn't :)

 Yang ini paling ketara, daripada dekat Wisma Zelan tu, kitorang selalu bangun pukul 5, 5.30 kadang2 ada yang 5.45 baru nak bangun, datang Taman Melati, fuhhh, kejutan budaya habis. Pukul 4.30 kot ! Agak ah. Pak  guard tuh kejut, perghhh, ketuk lokar pastue tutup kipas. Bingit ! Tapi bila dah lama-lama tu kitorang dah terbiasa. Entahlah, aku pun tak tau ~ Bas gerak 5.45. Disebabkan perjalanan yang sangat jauh semuanya mengambil kesempatan untuk melepaskan tanggungjawab yang tertangguh , apa lagi tidor lah dalam bas tu !

Kewujudan Senior dan Junior

Seperti yang korang tahu, warga Taman Melati terdiri daripada Form 1, Form 2 and Form 4. Sebagai Form 2 kitorang kene ada dua sikap. First, hormat senior, Second , "sayang" junior. Di sini, saya ingin mengucapkan manyak manyak terima kasih wooo sama abang-abang senior kerana telah mengajar kamu erti kehidupan yang sebenar. Tak lupa juga kepada adik-adik senior, kitorang minta maaf sebab tak dapat tunjuk yang terbaik buat korang, minta maaf eh.

Waktu Riadhah dan Prep 


Sebenarnya, aku antara orang yang tak puas hati kenapa waktu prep sangat sekejap padahal homework yang diberi oleh cikgu sangat banyak, eventhough kalau aku ibaratkan homework tuh sebagai gunung kinabalu pon belum tentu muat. ( Hiperbola melebih-lebih ). Kalau riadhah tuh aku tak kisah sangat pun, tapi prep, oh tolonglah ! kalau dekat zelan dulu, waktu prep boleh kitorang main kejar-kejar, bising, memekak. Tapi kat sini, semua senyap membisu buat kerja sekolah. Haish dunia dunia !



Dorm kepada Bilik

Ini terletak kepada seseorang tu, kalau dia prefer nak duk bilik, dia lebih suka duk TM ah, tapi kalau dorm maknanya Zelan lah ! Aku suka dua dua. So no komen about this.

De' Laila Mahabbah

Azri Tilawah. Sedap wooo~

Serious aku cakap, best memang best, tp Malam 1001 Kenangan is better lah. Kitorang okay je buat lakonan. Lawak ? of coz ~ Ustazah Nabilah cakap kekreatifan melampau ! Haha. Form 2 memang macam ni. Menjangkaui ideologi dan fikrah pemikiran manusia ~ Peace yo !

Kami Buddyz tak akan terpisah .

Sebenarnya, memang kitorang sedih nak pindah sebenarnya (walaupun ada yang tak). Sebab kitorang banyak kenangan dekat sini. Papepon jumpa dekat Kompleks SMA-MAIWP pada 9 Jun nanti.

Kompleks Baru. See you soon 

P/s : Tinggalkan pesanan di Note dan maaf penggunaan aku bagi yang lebih dewasa :)


★Sahabat Untuk Selamanya !
Saturday, May 4, 2013 • 7:47 PM • 0 comments



Sobahalkhair ? Kaifa halukum jami'an ? Sihat semua ? Alhamdulillah , bersyukur kita kehadrat illahi kerana dengan rahmat dan limpah kurnianya masih lagi kita dapat hidup di atas bumiNya dengan nikmat Iman dan Islam.




Jeng jeng jeng. Setelah sekian lama diriku tidak meng'update' blogku , kini timbul satu topik hangat di kalangan mereka mereka di luar sana iaitu "PRU13". Aku tak kesah pun pasal diorang tuh sebab aku bukannnya minat sangat pun politik.



Disebabkan sekolah aku sedang mengadakan program Sinergi dan Iman Aura apa tah, Apa yang ingin aku fokuskan pada hari ini ialah Erti Persahabatan yang Sebenar. :D

Hayati kisah ini :)

Pada suatu hari, Rayyan dan Iskandar berjalan pulang dari sekolah.

"Eh, Rayyan, kita dah lama berkawan kan ? Aku tak pernah terfikir pun yang kita akan kawan lama sampai macam ni ? Apa bukti persahabatan kita ek ?"

Hanya kawan yang baik yang mampu mengotakan janjinya


Tiba-tiba sebuah kereta Pesona memecut laju dari belakang, Iskandar nyaris dilanggar. Tapi Allah masih memberi peluang untuk hidup. Ada seseorang yang menolak Iskandar. Dia bangun dan menoleh ke belakang.

"RAYYYYYYAAAAAAAANNNNNNNNNNNN"

Rayyan tersungkur dan terbaring di tengah jalan. Badannya yang berlumuran darah itu menjadikan Iskandar tersentak.

"Inilah bukti persahabatan kita. Kita bertemu , berkawan dan berpisah kerana Allah "

Orang yang bersahabat kerana Allah dilindungi olehNya pada hari yang tiada
naungan melainkan naunganNya !

Rayyan menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian. Akhirnya barulah Iskandar faham apa itu erti persahabatan.

Sedih kan. Lek lek. Jangan nangis dulu. Kita hidup ni, at least kene ada sorang yang paling kita percaya.


Berpandukan hadis ini

"Tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."

Maknanya kita kene sayang orang tu lebih dari diri dia. Macam dalam Islam sendiri kan, Kan kita digalakkan untuk bersikap Ithar. Ithar itu bermaksud Melebihkan orang lain lebih daripada diri sendiri. Dalam persahabatn ini, kita kenelah ada sikap Ithar tu. Barulah persahabatan kita boleh pecah pintu syurga ;)



Aras yang paling rendah dalam persahabatan ialah bersangka baik manakala aras tertinggi dalam persahabatan ialah Ithar dimana seseorang itu sanggup melebihkan saudaranya berbanding dirinya sendiri.

Sebelum berakhir , layan video ini dulu ek !


Kawan kita ni kan, kalau kita dapat ambik manfaat daripadanya , InsyaAllah persahabatan kita itu kekal sampai Syurga !


Yang baik jadikanlah tauladan dan yang buruk jadikanlah sempadan ;)

P/s Maaf penggunaan aku bagi yang lebih dewasa dan tinggalkan pesanan di Note ya !




Ahlan Wasahlan
PostAboutMomentsNote

★ Benvenuto!


+Follow // Dashboard
Hey you there ! Welcome :) 0 little friends. Don't steal anything what you can steal.